Saturday, September 10, 2011

Jenis Anggur Yang Menjadi Pilihan...

Black Opal-Belum masak lagi ni...


Anggur IAC.. yang rajin berbuah

Isabella Madu.. makin lama makin manis..nak tengok lagi klik disini.


Alphonso Laville .. (Anggur Bali) ..wah mengasyikkan!


Alhamdulillah selepas sembang-sembang dengan pengusaha anggur di Setiawan ,Perak... banyak juga ilmu dan nasihat mengenai penanaman anggur ni. Yang pasti Anggur memang boleh hidupSUBUR,BERBUAH dan MANIS di Bumi Malaysia.

Memang impian nak tanam anggur secara serius tapi jika dilihatkan kepada kisah -kisah rakan blog... kebanyakan usaha menjadi hangat-hangat tahi ayam... bilamana pokok yang ditanam tidak mengeluarkan hasil yang sepatutnya..menyebabkan kita menjadi putus asa... Tapi saya yakin dengan contoh kejayaan sahabat kita yang lain, menanam anggur bukan sahaja memerlukan modal tetapi ilmu pertanian yang secukupnya dan tidak mengenal putus asa.

berikut adalah jenis-jenis anggur yang ditanam dan terbukti boleh berbuah di Malaysia


Kenapa Tanam Anggur??

Anggur ni tanaman yang amat istimewa sedikit bagi saya atas beberapa sebab.
1. Hidup Lama (jika dijaga) mampu hidup hingga puluhan tahun bahkan ada info sampai 50 tahun! (Sesuailah dengan hobi saya yang kurang gemar tanaman jangka pendek.. bukan apa malas nak salin pokok..)
2. Buah anggur makin lama makin elok kualitinya.. makin berusia makin menjadi dan semakin manis...
3. Buahnya aneka warna dan cantik lihat disini.
4. Boleh buat peneduh atau awning semulajadi.
5. Mempunyai nilai komersil.
6. Tak banyak lagi orang tanam anggur di Malaysia ni... Maksud saya ramai yang tanam tapi belum meluas..!
7. Bagi saya anggur ni tak cerewet sangat.. tahu cara jaga dan kena pandai taruk baja yang sesuai.. insyaallah suburlah ia..

Wednesday, September 7, 2011

gambar anggur yang lain


Benih Anggur

Tangkai anggur pertamaku... moga-moga selamat hingga tiba waktu masak.


Anak Benih Anggur Isabella dan IAC



Pada masa ini , sebelum raya dan selepas raya.. hujan turun agak lebat.. alhamdulillah dengan pengalaman dulu... dapatlah diselamatkan anak benih dari mati akibat akar reput dan masam. Pokok yang di tanam di atas tanah yang telah dibuat bataspun alhamdulillah selamat.

Pokok iac yang terbantut sebelum ini .. memanjang dengan pantasnya , isabella tak payah cerita..mudah hidup mudah berbunga dan tahan lasak sedikit berbanding yang lain, iac masa kecil manja .. tapi bila akar dah kuat cepat pula ia menjalar. Nampak gaya baja organik (tinja kambing) memang baik untuk anggur ..terima kasih atas nasihat Pn Siti Saloma.

Kini dah berjaya semai lebih 35 pokok anggur dan ditambah lagi 11 benih jenis black opal.. alhamdulillah lepas cuti seminggu raya, benih blackopal mula bercambah 7 batang dari 11... kira dah berjaya lah tu... mudah-mudahan hidup subur dan membuahkan hasil.

Friday, August 26, 2011

Anggur Setelah 2 Bulan

Setelah hampir 2 bulan menanam anggur beberapa keputusan suka duka diperolehi hasil eksperimen... IAC daripada 50 pokok tinggal 6 pokok yang hidup (silap sendiri - cara tanam dan musim hujan yang lebat) Isabella Madu - daripada 55 batang pokok 40 hidup , 4 terbantut selebihnya almarhum.. namun yang terselamat semuanya segar bugar.

Batch yang pertama IAC dan Isabella kot... segar serta satu benih dari CH yang belum dapat dipastikan jenisnya .. membesar dengan pantasnya 1 inci sehari tumbesarannya!

Kaedah tanam semuanya melalui keratan batang dan dimasukkan ke dalam polibag +tanah+pasir+sekam. Baka Black Opal baru diperolehi dan sedang disemai.. mudah-mudahan dengan pengalaman sebelum ini Black Opal ini akan terus hidup.

Kisah Permulaan Anggur


Batch Pertama yang dibeli pada Julai 2011 yang lalu. Sebelah kiri anggur Isabella (tak ingat tapi rasa macam bukan) dan sebelah kanan IAC




Semuanya bermula bila pergi ke Cameron Highlands pada Jun 2011 kerana ada kursus di sana. semasa bertolak pulang singgah di mardi CH, wahh! cantiknya anggur.. boleh cuba tanam nih.. semasa menggoogle cari info pasal anggur tahulah serba sedikit mengenai fi'il anggur nih.. kalau ada sifu2 diluar sana merasakan info ni tak betul... betulkanlah ye.. ilmu untuk dikongsi betul tak..??

Jenis anggur ada banyak daripada keluarga vitis jika tak silap ada 2 spesis yang popular iaitu vitis labruska dan vitis vinifera. Kenapa kena tahu sampai ke tahap spesis? Sebab bukan semua anggur boleh ditanam di Malaysia ni.. tapi ada beberapa spesis yang berpotensi untuk ditanam dan dimajukan. Antaranya yang sudah konfirm boleh hidup dengan baik di Malaysia adalah seperti isabella,IAC,Black Opal, Alphonso Laville, Syraz/Shiraz, white malaga dan pelbagai lagi.

Anggur dapat hidup subur asalkan ada tiga syarat utama iaitu air, tanah dan cahaya matahari.(Syarat nampak mudah je kan..) namun syarat untuk ia berbuah ... pemangkasan perlu dilakukan... (yang menulis ni pun belum pernah memangkas anggur lagi.. insyaallah beberapa bulan lagi kot).. hmm dah panjang ni ..kita sambung lagi lps nii..

Anggur oh Anggur...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah siap sempat jugak create laman web berkaitan dengan hobi baru 'menanam anggur'.. Banyak juga cerita pasal anggur nih terutama disini dan disini. Melihatkan potensi hobi ini agak menarik dan 'baru'.. rasa nak mencuba tu membuak-buak... dan ikutilah catatan ini yang mungkin dapat membantu kepada sedara sedari yang mempunyai minat yang sama..